Selepas kisah penjual taufu fa di Taiwan yang
mendapat perhatian dunia kerana memiliki badan umpama seorang model,
kini foto seorang tukang cuci pula menjadi viral.
Tukang
cuci wanita yang berasal dari Brazil itu menjadi kegilaan ramai
lantaran memiliki bentuk badan dan juga wajah persis seorang ratu
cantik!
Rita
Mattos, 23 yang menjadi popular di kalangan netizen itu bagaimana pun
menyelar masyarakat kerana bersikap pilih kasih atau prejudis terhadap
tukang cuci lain yang tidak memiliki wajah cantik.
"Masyarakat
selalu berasa terkejut melihat seorang gadis cantik bekerja sebagai
seorang tukang cuci. Mereka mengatakan saya boleh mendapat kerja lain
yang lebih baik.
"Mengapa harus mengaitkan tukang cuci dengan wajah yang buruk? Saya anggap ini sebagai satu prejudis terhadap mereka," ujar Rita menerusi akhbar di Brazil.
(Sumber foto: Mirror UK)
No comments:
Post a Comment