Friday 14 August 2020

Pengakhiran kisah makcik.gelang pink viral

Luruh Air Mata Makcik Gelang Pink Selepas Hukuman Dijatuhkan

 
 
 
 
 
 
 

Bulan lepas kita semua digemparkan dengan penularan beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang warga emas, Nur Emah Mohamad Hashim atau lebih dikenali sebagai makcik gelang pink keluar makan tanpa rasa bersalah di restoran di Meru Raya ketika Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dikenakan terhadapnya.

Selepas tular gambar berikut, ramai rakyat berang kerana kes baru COVID-19 meningkat dan memberi kesan buruk yang sangat besar pada penduduk sekitar Meru Permai terutama pemilik Hanaz Cafe.

Sumber: facebook

Mahkamah jatuhkan hukuman…

Justeru itu, Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman selepas warga emas berusia 72 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas kesalahan melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketika membuat rayuan kepada mahkamah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya, dia kelihatan sebak dan mengalirkan air mata sebaik majistret memutuskan hukuman penjara dan denda terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Sumber: hmetro

Didenda dan dipenjara!

Bagaimanapun, Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh ketika prosiding.

Tetapi dalam rayuan Nur Emah, dia memohon agar mahkamah mengurangkan denda memandangkan ini adalah kesalahan pertama yang dilakukan dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000.

Hm, kasihan pula. Bayangkan kalau nenek atau opah kita berada di situasi begini, pasti kita akan sedih tapi apakan daya, mahkamah harus bersikap adil terhadap kesemua pesalah sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai.


Sumber. : Donna.com.my