Monday 31 August 2015

20 Rekaan Gagal Dari Negara Jepun

20 Rekaan Gagal Dari Negara Jepun

Jepun memang terkenal dengan rekaan yang luar biasa. Namun, ia sangat praktikal untuk digunakan.

Tetapi, kali ini beberapa rekaannya gagal mendapat sambutan kerana ia dikatakan ciptaan yang aneh. 

Chindogu ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud "alat aneh". Ia merupakan nama yang diberikan kepada ciptaan-ciptaan aneh yang sepatutnya memudahkan kehidupan seharian tetapi terlalu aneh untuk digunakan secara praktikal.

Terdapat ribuan Chindogu dijual di Jepun dan antara Chindogu yang paling terkenal ialah Kayu Selfie. Ya, pernah suatu ketika kayu selfie jatuh kedalam kategori alat aneh tak praktikal tetapi akhirnya digunakan seluruh dunia.

Jom, lihat.











Tercuit hati melihat rekaan sebegitu. Namun, ada beberapa 'alat aneh' itu digunakan sehingga kini walaupun ia tidak menjadi terlalu popular.

Saturday 8 August 2015

Lelaki Turki Cipta Sejadah Bercahaya

Mengetahui arah kiblat yang tepat sentiasa menjadi isu di kalangan umat Islam. 

Namun, kini satu inovasi telah dibentuk yang menghasilkan sejadah berkompas, menunjukkan arah kiblat yang tepat untuk setiap kali solat, memetik laporan Inhabitat.

Paling menarik, projek yang dinamakan sebagai EL Sajjadah ini tidak terhenti setakat itu. Sejadah tersebut akan menghasilkan cahaya apabila arah kiblat tepat telah dikenalpasti. Ini bagi memastikan umat Islam dapat menunaikan solat dengan mudah dan juga yakin.

(Sumber foto: Inhabitat)

Teknologi yang dibangunkan oleh seorang lelaki Turki ini mendapat perhatian bukan sahaja daripada dunia Islam, malah masyarakat seluruh dunia amat mengagumi.

Individu yang bertanggungjawab merekabentuk inovasi sejadah ini ialah Soner Ozenc yang terkenal dengan rekaan electriluminescent

Ia dihasilkan menggunakan bahan neoprene yang membentuk masjid bercahaya, mengambil ilham Masjid Biru, Istanbul, Turki.

Kejam! Isteri Curang Dipaksa Berjalan Separuh Bogel

Seorang lelaki menghukum isterinya yang dipercayai telah curang dengan cara memaksa wanita berjalan separuh bogel di tengah jalan.

Kejadian yang berlaku di Yushan County, China itu menyaksikan wanita itu dipaksa berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam sambil diikuti oleh kereta suaminya. Sengaja ingin memalukan isterinya, lelaki itu, Zhang, 37 dikatakan mempercayai tuduhan rakannya terhadap isterinya itu.


Zhang juga telah memukul isterinya itu, Wang, 32 selepas mendengar berita yang disampaikan oleh rakannya ketika minum di luar. 

Wang akhirnya diselamatkan oleh pihak polis sebelum memanggil Zhang untuk memberi keterangan. 

Namun, selepas soal siasat dilakukan, didapati isterinya, Wang ternyata tidak pernah berlaku curang. Zhang dikatakan terlalu mempercayai tuduhan yang disampaikan oleh rakannya tanpa usul periksa. 

(Sumber foto: Mirror UK)

Zhang kemudiannya telah meminta maaf kepada isterinya dan melakukan minta maaf terbuka melalui akhbar di sana. Cumanya, masih belum tahu apakah isterinya, wang sudi memaafkan lelaki ini selepas insiden dan peristiwa hitam dalam hidupnya

Wajah Persis Model, Tukang Cuci Tarik Perhatian Masyarakat

Selepas kisah penjual taufu fa di Taiwan yang mendapat perhatian dunia kerana memiliki badan umpama seorang model, kini foto seorang tukang cuci pula menjadi viral.

Tukang cuci wanita yang berasal dari Brazil itu menjadi kegilaan ramai lantaran memiliki bentuk badan dan juga wajah persis seorang ratu cantik!


Rita Mattos, 23 yang menjadi popular di kalangan netizen itu bagaimana pun menyelar masyarakat kerana bersikap pilih kasih atau prejudis terhadap tukang cuci lain yang tidak memiliki wajah cantik.

"Masyarakat selalu berasa terkejut melihat seorang gadis cantik bekerja sebagai seorang tukang cuci. Mereka mengatakan saya boleh mendapat kerja lain yang lebih baik.

"Mengapa harus mengaitkan tukang cuci dengan wajah yang buruk? Saya anggap ini sebagai satu prejudis terhadap mereka," ujar Rita menerusi akhbar di Brazil.



(Sumber foto: Mirror UK)


Wanita ini sangat berbangga dengan pekerjaannya sebagai tukang cuci . Walaubagaimana pun, Rita mengambil komen positif tentang dirinya untuk menaikkan taraf kehidupannya pada masa hadapan.

Darah Belut Dikatakan Darah Selaput Dara



Apa sahaja akan dilakukan oleh manusia untuk menipu kali ini kegiatan menipu pelanggan dengan menggunakan darah belut.

Untuk membuktikan pelacur yang dilanggan masih lagi dara, satu sindiket sanggup mengunakan darah belut yang telah direndam didalam span.

Polis Xuzhou berjaya membongkar kegiatan yang dua tiga kali tidak bermoral itu, selepas polis menyamar sebagai pelanggan.

Sindiket tersebut bergerak luas di bandar besar lain seperti Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.

Disebalik Penjara Bolivian, San Pedro

Sebaik kaki melangkah masuk didalam penjara di San Pedro ini, bayangan mengenai sel dan kekotoran serta keganasan berubah kepada satu komuniti baru yang tidak dapat anda bayangkan ianya sebuah penjara.

Kanak-kanak bermain, kedai runcit serta restoran, kedai gunting rambut dan juga hotel disebali besi pemisah penjara ini dengan dunia luar.

Penjara ini dibahagikan kepada 8 bahagian yang lengkap dengan kemudahan asas kepada kemudahan mewah.

Tiada pengawal, tiada pakaian seragam untuk pesalah ataupun bilik besi, pesalah harus membayar untuk duduk di sel masing-masing yang mana kebanyakkan pesalah bekerja didalam penjara ini untuk teruskan kehidupan.

Ada yang menjual barangan runcit, bekerja di restoren serta sehingga kerja sebagai pengilap kasut.

"jika kamu ada duit, kamu hidup bagaikan raja", kata salah seorang pesalah. Duit boleh beli segala-galanya . Bagi pesalah dalam kategori 'miskin' mereka adakalanya tinggal dalam satu sell yang sama dengan pesalah lain.


sumber berita dan gambar: bbcnews

Bayi Buta Sebelah Mata Akibat 'Flash' Kamera


CHINA: Kerana kealpaan seseorang, bayi ini menanggung akibat kerana buta mata kiri akibat daripada percikan 'flash' yang kuat semasa gambar 'close-up' diambil.

Jarak kamera terbabi dengan mata bayi adalah hanya 10 inci dan doktor mengesahkan bayi terbabit kerosakan mata yang tidak dapat diselamatkan.

Keluarga terbabit hanya menyedari keadaan bayi mereka selepas gambar diambil. 

Selanjutnya, bayi berusia 3 bulan ini buta mata kanan manakala mata kirinya mengalami penurunan dalam penglihatan.

Pakar berpendapat walaupun bayi akan menutup mata apabila terdedah dengan cahaya namun cahaya yang kuat mampu menyebabkan kerosakan kekal pada mata.


sumber :dailymail.co.uk

Kepala Budak Dimakan Bakteria


Satu-satunya bakteria yang boleh memakan daging manusia hidup-hidup dikenali sebagai "Vibrio Vulnificus".

Bakteria ini yang menyerang manusia dan jarang dapat diselamatkan sekiranya dijangkiti bakteria ini.

Minggu lepas seorang lelaki berusia 26 tahun yang mandi di laut Florida dijangkiti oleh bakteria ini dan mati 2 hari kemudian. Di Florida sahaja, 10 kes dicatatkan dengan 2 kematian akibat daripada mandi di pantai dan juga makan makanan mentah yang mengandungi bakteria ini.

Mereka yang dijangkiti bakteria ini akan menunjukkan simptom kesihatan seperti muntah dan cirit-birit. Lama kelamaan luka akan terbuka dengan sendiri akibat daripada tindakbalas bakteria yang memakan daging manusia.

Contoh mereka yang dijangkiti oleh bakteria ini adalah seperti gambar dibawah:

Digigit Nyamuk Kulit Menebal Dan Mengeras



CHINA: Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selepas hanya digigit seekor nyamuk.

Zhang,30, mengalami satu algergi pelik yang menyebabkan seluruh kepalanya membengkak seperti balon. 

Kejadian ini mengakibatkan dia sengsara selama 2 bulan. Doktor tiada cara lain untuk mengurangkan bengkak muka Zhang kecuali dengan menggunakan ais.


Dia digigit nyamuk sewaktu bekerja shif malam di daerah Jiangsu. Dai Tao, pengarah di Hospital Luoyang berkata 'keadaan yang dialami oleh Zhang sangat jarang. Selain keadaan mukanya yang membengkak, tiada keadaan lain yang membahayakan.

Zhang telah diberhentikan kerja kerana bercuti terlalu lama. Dia kini tinggal berehat dirumah namun dia dijangkakan untuk bertemu dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut.

Penjara Yang Mewah Untuk Pengganas Di Arab Saudi



Selain dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair disifatkan seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.

Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda dan pengganas IS. 


Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.


Selain Al-Hair,  Menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef  Arab saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya.







 


Baru-baru ini, wartawan dibenarkan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.


Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.


Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.




 


Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. 


Yang istimewa, bagi banduan yang sudah berkahwin. kerajaan Arab Saudi tetap menyediakan beberapa bilik khas untuk tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh sekali sebulan.

Insiden 3 Wanita Berbasikal Tanpa Baju, Ratusan Protes Sambil Tayang Payudara




Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam mengekspresikan rasa tidak puas hati berhubung insiden 3 beradik yang ke semuanya wanita ditahan polis selepas berbasikal tanpa memakai baju.

Tunjuk perasaan "Bare Wth Us' yang berlangsung di Waterloo Town Square di Ontario adalah bertujuan untuk menyebarkan hak wanita untuk tidak berbaju di hadapan publik, dimana di Kanada ia bukan satu kesalahan semenjak 1996.

Ia dianjurkan oleh Alysha Brilla, pemuzik dan 2 lagi adiknya yang mendakwa ditahan polis pada 24 Julai oleh polis lelaki yang meminta mereka untuk memakai baju kerana ia adalah undang-undang.


Polis dalam satu kenyataan lain memberitahu, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan atas alasan keselamatan.

Berkecai Hati Ayah Setelah Mendapati Anak Usia 13 Tahun Melacur



Luluh hati ayah apabila mendapati anak perempuannya berumur 13 tahun sedang menawarkan harga dengan ibu ayam yang berusia 18 tahun.

Bapa budak terbabit mula mengesyaki aktiviti anaknya itu selepas memeriksa telefon bimbit anaknya yang aktif menggunakan aplikasi Wechat.

Antara kandungan text tersebut adalah:
"Dia tahu anda dikenakan 2,000RMB ($ 322 USD) untuk tidur dengan bos saya, jadi saya tidak fikir dia akan bersedia untuk membayar anda 3,000RMB ($ 483 USD) (untuk perkhidmatan anda)," Jin menulis.
"Berapa banyak (saya perlu mengenakan bayaran itu)?" Xiaoqing menghantar sms kembali.
"Anda boleh mengecas 2,000RMB ($ 322 USD) semalam," kata Jin.

Bapa budak terbabit memasang perangkap untuk bertemu dengan ibu ayam dan polis menahan ibu ayam terbabit. Sewaktu ditemubual, ibu ayam itu berkata, dia menceburi bidang ini kerana ia merupakan kerja yang paling mudah. -CARI Infonet.

'Jilboobs' Dan 'Hijboobs' Fesyen Menjerat Wanita



Zaman ini menyaksikan perubahan yang amat drastik baik dari segi pembangunan, teknologi, pendidikan dan bermacam lagi. Tidak terkecuali dunia fesyen yang sentiasa pantas berubah mengikut arus perkembangan trend semasa diseluruh dunia.


jeltheboob4.jpg

Dalam dunia Melayu kini, fesyen bertudung menjadi satu trend dan ikutan setiap wanita tanpa mengira umur. Bermacam-macam gaya hijab terkini terdapat dipasaran, ada instant shawl, selendang pari, gaya neelofa, gaya kak faridah dan bermacam-macam lagi. Cantik memang cantik, manis memang manis, menarik apa tah lagi. Namun apakah yang mencacatkan imej dan kesopanan seseorang yang bergelar wanita Islam? 

jeltheboob3.jpg

"Hijab tu... tutup la dada kak", kata adik pada kakaknya.

"Sayang..labuhkan selendang you tutup dada." kata si suami.

jeltheboob1.jpg


Namun, sesetengah wanita tetap berkeras dan menjadikan trend sebagai alasan. Kalau pakai tutup dada, tak cantik lah katanya!

Tidak kurang yang memberi alasan :

jiltheboob5.jpg


"At least i bertudung...", keluh wanita.

Mungkin ada kaum hawa yang berkata "Arghhh lelaki, mereka harus menjaga pandangan bersandarkan pada Surah An-Nur, ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat“.

Sebagai wanita Muslim yang berpegang pada ajaran Islam adakah kita bebas berpakaian "membalut badan" hanya kerana setiap lelaki perlu menjaga pandangan? Tanggungjawab wanita sebenarnya tidak lepas kerana ia sudah dinyatakan didalam surah An-Nur, Ayat 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.

x sakit ke celah pakai fit2-hehehe.jpg

Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.


Jadi, janganlah kita menjadikan "trend" sebagai alasan untuk kita berpakaian bebas tanpa menjaga adab-adab dan tuntutan agama. Berfesyen tidak salah, namun perlu juga difahami bahawa menutup aurat bukanlah sekadar "menutup rambut" dan "membalut badan". - CARI Infonet.




Nota: Kesemua gambar adalah hiasan semata-mata

Friday 7 August 2015

Menu Makanan Pesakit Seluruh Dunia

Pengalaman masuk hospital memang bukan pengalaman yang kita cari. Apatah lagi dikelilingi ubat-ubatan serta bau besi-besi yang telah disteril pastinya mengundang rasa tak senang untuk duduk lama-lama di hospital. 

Namun pernah tak terfikir apa antara sajian yang disajikan untuk pesakit diseluruh dunia? Rasa-rasanya makanan yang disajikan di Malaysia adakah antara menu terbaik tak kiralah dari segi rasa mahupun nutrisinya. Jom kita baca.


1. Jakarta, Indonesia





2. New York, USA




3. Dubai, UAE




4. Tokyo, Jepun





5. Paris, Perancis





6. Sydney, Austalia




7. Poland




8. Massachusetts, USA





9. China



10. Malaysia



http://i-infonetworks.blogspot.com