Seorang lelaki menghukum isterinya yang dipercayai
telah curang dengan cara memaksa wanita berjalan separuh bogel di tengah
jalan.
Kejadian
yang berlaku di Yushan County, China itu menyaksikan wanita itu dipaksa
berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam sambil diikuti oleh kereta
suaminya. Sengaja ingin memalukan isterinya, lelaki itu, Zhang, 37
dikatakan mempercayai tuduhan rakannya terhadap isterinya itu.
Zhang juga telah memukul isterinya itu, Wang, 32 selepas mendengar berita yang disampaikan oleh rakannya ketika minum di luar.
Wang akhirnya diselamatkan oleh pihak polis sebelum memanggil Zhang untuk memberi keterangan.
Namun,
selepas soal siasat dilakukan, didapati isterinya, Wang ternyata tidak
pernah berlaku curang. Zhang dikatakan terlalu mempercayai tuduhan yang
disampaikan oleh rakannya tanpa usul periksa.
(Sumber foto: Mirror UK)
No comments:
Post a Comment