Mengetahui arah kiblat yang tepat sentiasa menjadi isu di kalangan umat Islam.
Namun,
kini satu inovasi telah dibentuk yang menghasilkan sejadah berkompas,
menunjukkan arah kiblat yang tepat untuk setiap kali solat, memetik
laporan Inhabitat.
Paling menarik, projek yang dinamakan sebagai EL Sajjadah
ini tidak terhenti setakat itu. Sejadah tersebut akan menghasilkan
cahaya apabila arah kiblat tepat telah dikenalpasti. Ini bagi memastikan
umat Islam dapat menunaikan solat dengan mudah dan juga yakin.
(Sumber foto: Inhabitat)
Teknologi
yang dibangunkan oleh seorang lelaki Turki ini mendapat perhatian bukan
sahaja daripada dunia Islam, malah masyarakat seluruh dunia amat
mengagumi.
Individu yang bertanggungjawab merekabentuk inovasi sejadah ini ialah Soner Ozenc yang terkenal dengan rekaan electriluminescent.
No comments:
Post a Comment