Saturday, 8 August 2015

Disebalik Penjara Bolivian, San Pedro

Sebaik kaki melangkah masuk didalam penjara di San Pedro ini, bayangan mengenai sel dan kekotoran serta keganasan berubah kepada satu komuniti baru yang tidak dapat anda bayangkan ianya sebuah penjara.

Kanak-kanak bermain, kedai runcit serta restoran, kedai gunting rambut dan juga hotel disebali besi pemisah penjara ini dengan dunia luar.

Penjara ini dibahagikan kepada 8 bahagian yang lengkap dengan kemudahan asas kepada kemudahan mewah.

Tiada pengawal, tiada pakaian seragam untuk pesalah ataupun bilik besi, pesalah harus membayar untuk duduk di sel masing-masing yang mana kebanyakkan pesalah bekerja didalam penjara ini untuk teruskan kehidupan.

Ada yang menjual barangan runcit, bekerja di restoren serta sehingga kerja sebagai pengilap kasut.

"jika kamu ada duit, kamu hidup bagaikan raja", kata salah seorang pesalah. Duit boleh beli segala-galanya . Bagi pesalah dalam kategori 'miskin' mereka adakalanya tinggal dalam satu sell yang sama dengan pesalah lain.


sumber berita dan gambar: bbcnews

No comments:

Post a Comment