Zaman
ini menyaksikan perubahan yang amat drastik baik dari segi pembangunan,
teknologi, pendidikan dan bermacam lagi. Tidak terkecuali dunia fesyen
yang sentiasa pantas berubah mengikut arus perkembangan trend semasa
diseluruh dunia.
Dalam
dunia Melayu kini, fesyen bertudung menjadi satu trend dan ikutan
setiap wanita tanpa mengira umur. Bermacam-macam gaya hijab terkini
terdapat dipasaran, ada instant shawl, selendang pari, gaya neelofa,
gaya kak faridah dan bermacam-macam lagi. Cantik memang cantik, manis
memang manis, menarik apa tah lagi. Namun apakah yang mencacatkan imej
dan kesopanan seseorang yang bergelar wanita Islam?
"Hijab tu... tutup la dada kak", kata adik pada kakaknya.
"Sayang..labuhkan selendang you tutup dada." kata si suami.
Namun, sesetengah wanita tetap berkeras dan menjadikan trend sebagai alasan. Kalau pakai tutup dada, tak cantik lah katanya!
Tidak kurang yang memberi alasan :
"At least i bertudung...", keluh wanita.
Mungkin ada kaum hawa yang berkata "Arghhh lelaki, mereka harus menjaga pandangan bersandarkan pada Surah An-Nur, ayat 30:
“Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka
perbuat“.
Sebagai
wanita Muslim yang berpegang pada ajaran Islam adakah kita bebas
berpakaian "membalut badan" hanya kerana setiap lelaki perlu menjaga
pandangan? Tanggungjawab wanita sebenarnya tidak lepas kerana ia sudah
dinyatakan didalam surah An-Nur, Ayat 31
Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN
TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan
laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung."
Syarak
telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki.
Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila
telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan
muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
Termasuk
di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang
nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu
Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian
yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda
menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak
harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda
mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.
Jadi,
janganlah kita menjadikan "trend" sebagai alasan untuk kita berpakaian
bebas tanpa menjaga adab-adab dan tuntutan agama. Berfesyen tidak salah,
namun perlu juga difahami bahawa menutup aurat bukanlah sekadar
"menutup rambut" dan "membalut badan". - CARI Infonet.
Nota: Kesemua gambar adalah hiasan semata-mata
No comments:
Post a Comment