Selain
dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan
amat ketat Al-Hair disifatkan seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding
penjara.
Terletak
40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab
Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda dan pengganas
IS.
Di
sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung
1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran
king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang
ATM.
Selain
Al-Hair, Menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin
Nayef Arab saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi
penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi
kecil sedikit saiznya.
Baru-baru
ini, wartawan dibenarkan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah
terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara
penuh berhikmah.
Tidak
seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan,
Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu
termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran
sekolah anak.
Bahkan,
pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan
untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk
bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni
Al-Hair.
Di
dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai
‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan
bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan
datang bermain.
Yang
istimewa, bagi banduan yang sudah berkahwin. kerajaan Arab Saudi tetap
menyediakan beberapa bilik khas untuk tahanan kumpulan ekstremis itu
boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk
bersetubuh sekali sebulan.
No comments:
Post a Comment