Saturday, 8 August 2015

Kejam! Isteri Curang Dipaksa Berjalan Separuh Bogel

Seorang lelaki menghukum isterinya yang dipercayai telah curang dengan cara memaksa wanita berjalan separuh bogel di tengah jalan.

Kejadian yang berlaku di Yushan County, China itu menyaksikan wanita itu dipaksa berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam sambil diikuti oleh kereta suaminya. Sengaja ingin memalukan isterinya, lelaki itu, Zhang, 37 dikatakan mempercayai tuduhan rakannya terhadap isterinya itu.


Zhang juga telah memukul isterinya itu, Wang, 32 selepas mendengar berita yang disampaikan oleh rakannya ketika minum di luar. 

Wang akhirnya diselamatkan oleh pihak polis sebelum memanggil Zhang untuk memberi keterangan. 

Namun, selepas soal siasat dilakukan, didapati isterinya, Wang ternyata tidak pernah berlaku curang. Zhang dikatakan terlalu mempercayai tuduhan yang disampaikan oleh rakannya tanpa usul periksa. 

(Sumber foto: Mirror UK)

Zhang kemudiannya telah meminta maaf kepada isterinya dan melakukan minta maaf terbuka melalui akhbar di sana. Cumanya, masih belum tahu apakah isterinya, wang sudi memaafkan lelaki ini selepas insiden dan peristiwa hitam dalam hidupnya

Wajah Persis Model, Tukang Cuci Tarik Perhatian Masyarakat

Selepas kisah penjual taufu fa di Taiwan yang mendapat perhatian dunia kerana memiliki badan umpama seorang model, kini foto seorang tukang cuci pula menjadi viral.

Tukang cuci wanita yang berasal dari Brazil itu menjadi kegilaan ramai lantaran memiliki bentuk badan dan juga wajah persis seorang ratu cantik!


Rita Mattos, 23 yang menjadi popular di kalangan netizen itu bagaimana pun menyelar masyarakat kerana bersikap pilih kasih atau prejudis terhadap tukang cuci lain yang tidak memiliki wajah cantik.

"Masyarakat selalu berasa terkejut melihat seorang gadis cantik bekerja sebagai seorang tukang cuci. Mereka mengatakan saya boleh mendapat kerja lain yang lebih baik.

"Mengapa harus mengaitkan tukang cuci dengan wajah yang buruk? Saya anggap ini sebagai satu prejudis terhadap mereka," ujar Rita menerusi akhbar di Brazil.



(Sumber foto: Mirror UK)


Wanita ini sangat berbangga dengan pekerjaannya sebagai tukang cuci . Walaubagaimana pun, Rita mengambil komen positif tentang dirinya untuk menaikkan taraf kehidupannya pada masa hadapan.

Darah Belut Dikatakan Darah Selaput Dara



Apa sahaja akan dilakukan oleh manusia untuk menipu kali ini kegiatan menipu pelanggan dengan menggunakan darah belut.

Untuk membuktikan pelacur yang dilanggan masih lagi dara, satu sindiket sanggup mengunakan darah belut yang telah direndam didalam span.

Polis Xuzhou berjaya membongkar kegiatan yang dua tiga kali tidak bermoral itu, selepas polis menyamar sebagai pelanggan.

Sindiket tersebut bergerak luas di bandar besar lain seperti Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.

Disebalik Penjara Bolivian, San Pedro

Sebaik kaki melangkah masuk didalam penjara di San Pedro ini, bayangan mengenai sel dan kekotoran serta keganasan berubah kepada satu komuniti baru yang tidak dapat anda bayangkan ianya sebuah penjara.

Kanak-kanak bermain, kedai runcit serta restoran, kedai gunting rambut dan juga hotel disebali besi pemisah penjara ini dengan dunia luar.

Penjara ini dibahagikan kepada 8 bahagian yang lengkap dengan kemudahan asas kepada kemudahan mewah.

Tiada pengawal, tiada pakaian seragam untuk pesalah ataupun bilik besi, pesalah harus membayar untuk duduk di sel masing-masing yang mana kebanyakkan pesalah bekerja didalam penjara ini untuk teruskan kehidupan.

Ada yang menjual barangan runcit, bekerja di restoren serta sehingga kerja sebagai pengilap kasut.

"jika kamu ada duit, kamu hidup bagaikan raja", kata salah seorang pesalah. Duit boleh beli segala-galanya . Bagi pesalah dalam kategori 'miskin' mereka adakalanya tinggal dalam satu sell yang sama dengan pesalah lain.


sumber berita dan gambar: bbcnews

Bayi Buta Sebelah Mata Akibat 'Flash' Kamera


CHINA: Kerana kealpaan seseorang, bayi ini menanggung akibat kerana buta mata kiri akibat daripada percikan 'flash' yang kuat semasa gambar 'close-up' diambil.

Jarak kamera terbabi dengan mata bayi adalah hanya 10 inci dan doktor mengesahkan bayi terbabit kerosakan mata yang tidak dapat diselamatkan.

Keluarga terbabit hanya menyedari keadaan bayi mereka selepas gambar diambil. 

Selanjutnya, bayi berusia 3 bulan ini buta mata kanan manakala mata kirinya mengalami penurunan dalam penglihatan.

Pakar berpendapat walaupun bayi akan menutup mata apabila terdedah dengan cahaya namun cahaya yang kuat mampu menyebabkan kerosakan kekal pada mata.


sumber :dailymail.co.uk

Kepala Budak Dimakan Bakteria


Satu-satunya bakteria yang boleh memakan daging manusia hidup-hidup dikenali sebagai "Vibrio Vulnificus".

Bakteria ini yang menyerang manusia dan jarang dapat diselamatkan sekiranya dijangkiti bakteria ini.

Minggu lepas seorang lelaki berusia 26 tahun yang mandi di laut Florida dijangkiti oleh bakteria ini dan mati 2 hari kemudian. Di Florida sahaja, 10 kes dicatatkan dengan 2 kematian akibat daripada mandi di pantai dan juga makan makanan mentah yang mengandungi bakteria ini.

Mereka yang dijangkiti bakteria ini akan menunjukkan simptom kesihatan seperti muntah dan cirit-birit. Lama kelamaan luka akan terbuka dengan sendiri akibat daripada tindakbalas bakteria yang memakan daging manusia.

Contoh mereka yang dijangkiti oleh bakteria ini adalah seperti gambar dibawah:

Digigit Nyamuk Kulit Menebal Dan Mengeras



CHINA: Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selepas hanya digigit seekor nyamuk.

Zhang,30, mengalami satu algergi pelik yang menyebabkan seluruh kepalanya membengkak seperti balon. 

Kejadian ini mengakibatkan dia sengsara selama 2 bulan. Doktor tiada cara lain untuk mengurangkan bengkak muka Zhang kecuali dengan menggunakan ais.


Dia digigit nyamuk sewaktu bekerja shif malam di daerah Jiangsu. Dai Tao, pengarah di Hospital Luoyang berkata 'keadaan yang dialami oleh Zhang sangat jarang. Selain keadaan mukanya yang membengkak, tiada keadaan lain yang membahayakan.

Zhang telah diberhentikan kerja kerana bercuti terlalu lama. Dia kini tinggal berehat dirumah namun dia dijangkakan untuk bertemu dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut.