Saturday, 8 August 2015

Penjara Yang Mewah Untuk Pengganas Di Arab Saudi



Selain dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair disifatkan seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.

Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda dan pengganas IS. 


Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.


Selain Al-Hair,  Menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef  Arab saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya.







 


Baru-baru ini, wartawan dibenarkan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.


Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.


Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.




 


Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. 


Yang istimewa, bagi banduan yang sudah berkahwin. kerajaan Arab Saudi tetap menyediakan beberapa bilik khas untuk tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh sekali sebulan.

Insiden 3 Wanita Berbasikal Tanpa Baju, Ratusan Protes Sambil Tayang Payudara




Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam mengekspresikan rasa tidak puas hati berhubung insiden 3 beradik yang ke semuanya wanita ditahan polis selepas berbasikal tanpa memakai baju.

Tunjuk perasaan "Bare Wth Us' yang berlangsung di Waterloo Town Square di Ontario adalah bertujuan untuk menyebarkan hak wanita untuk tidak berbaju di hadapan publik, dimana di Kanada ia bukan satu kesalahan semenjak 1996.

Ia dianjurkan oleh Alysha Brilla, pemuzik dan 2 lagi adiknya yang mendakwa ditahan polis pada 24 Julai oleh polis lelaki yang meminta mereka untuk memakai baju kerana ia adalah undang-undang.


Polis dalam satu kenyataan lain memberitahu, ketiga-tiga wanita terbabit ditahan atas alasan keselamatan.

Berkecai Hati Ayah Setelah Mendapati Anak Usia 13 Tahun Melacur



Luluh hati ayah apabila mendapati anak perempuannya berumur 13 tahun sedang menawarkan harga dengan ibu ayam yang berusia 18 tahun.

Bapa budak terbabit mula mengesyaki aktiviti anaknya itu selepas memeriksa telefon bimbit anaknya yang aktif menggunakan aplikasi Wechat.

Antara kandungan text tersebut adalah:
"Dia tahu anda dikenakan 2,000RMB ($ 322 USD) untuk tidur dengan bos saya, jadi saya tidak fikir dia akan bersedia untuk membayar anda 3,000RMB ($ 483 USD) (untuk perkhidmatan anda)," Jin menulis.
"Berapa banyak (saya perlu mengenakan bayaran itu)?" Xiaoqing menghantar sms kembali.
"Anda boleh mengecas 2,000RMB ($ 322 USD) semalam," kata Jin.

Bapa budak terbabit memasang perangkap untuk bertemu dengan ibu ayam dan polis menahan ibu ayam terbabit. Sewaktu ditemubual, ibu ayam itu berkata, dia menceburi bidang ini kerana ia merupakan kerja yang paling mudah. -CARI Infonet.

'Jilboobs' Dan 'Hijboobs' Fesyen Menjerat Wanita



Zaman ini menyaksikan perubahan yang amat drastik baik dari segi pembangunan, teknologi, pendidikan dan bermacam lagi. Tidak terkecuali dunia fesyen yang sentiasa pantas berubah mengikut arus perkembangan trend semasa diseluruh dunia.


jeltheboob4.jpg

Dalam dunia Melayu kini, fesyen bertudung menjadi satu trend dan ikutan setiap wanita tanpa mengira umur. Bermacam-macam gaya hijab terkini terdapat dipasaran, ada instant shawl, selendang pari, gaya neelofa, gaya kak faridah dan bermacam-macam lagi. Cantik memang cantik, manis memang manis, menarik apa tah lagi. Namun apakah yang mencacatkan imej dan kesopanan seseorang yang bergelar wanita Islam? 

jeltheboob3.jpg

"Hijab tu... tutup la dada kak", kata adik pada kakaknya.

"Sayang..labuhkan selendang you tutup dada." kata si suami.

jeltheboob1.jpg


Namun, sesetengah wanita tetap berkeras dan menjadikan trend sebagai alasan. Kalau pakai tutup dada, tak cantik lah katanya!

Tidak kurang yang memberi alasan :

jiltheboob5.jpg


"At least i bertudung...", keluh wanita.

Mungkin ada kaum hawa yang berkata "Arghhh lelaki, mereka harus menjaga pandangan bersandarkan pada Surah An-Nur, ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat“.

Sebagai wanita Muslim yang berpegang pada ajaran Islam adakah kita bebas berpakaian "membalut badan" hanya kerana setiap lelaki perlu menjaga pandangan? Tanggungjawab wanita sebenarnya tidak lepas kerana ia sudah dinyatakan didalam surah An-Nur, Ayat 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.

x sakit ke celah pakai fit2-hehehe.jpg

Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.


Jadi, janganlah kita menjadikan "trend" sebagai alasan untuk kita berpakaian bebas tanpa menjaga adab-adab dan tuntutan agama. Berfesyen tidak salah, namun perlu juga difahami bahawa menutup aurat bukanlah sekadar "menutup rambut" dan "membalut badan". - CARI Infonet.




Nota: Kesemua gambar adalah hiasan semata-mata

Friday, 7 August 2015

Menu Makanan Pesakit Seluruh Dunia

Pengalaman masuk hospital memang bukan pengalaman yang kita cari. Apatah lagi dikelilingi ubat-ubatan serta bau besi-besi yang telah disteril pastinya mengundang rasa tak senang untuk duduk lama-lama di hospital. 

Namun pernah tak terfikir apa antara sajian yang disajikan untuk pesakit diseluruh dunia? Rasa-rasanya makanan yang disajikan di Malaysia adakah antara menu terbaik tak kiralah dari segi rasa mahupun nutrisinya. Jom kita baca.


1. Jakarta, Indonesia





2. New York, USA




3. Dubai, UAE




4. Tokyo, Jepun





5. Paris, Perancis





6. Sydney, Austalia




7. Poland




8. Massachusetts, USA





9. China



10. Malaysia



http://i-infonetworks.blogspot.com

Video : Bertemu Ajal Ketika Menyanyi Lagu "The Beatles"




Waktu kematian memang dijanjikan Allah SWT tidak lambat atau di awalkan walaupun sesaat. Dapat dilihat dalam video ini, bagaimana ajal menjemput sewaktu sedang berhibur dalam majlis keraian yang di percaya berlaku di Kuala Lumpur.

Penyanyi tersebut rebah dipercayai serangan sakit jantung. Al-Fatihah

Wednesday, 5 August 2015

10 Individu Terkaya Di Muka Bumi Ini

Menjadi kaya adalah impian setiap insan, namun tidak semua bertuah dan mampu mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.

Mengikut senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2015 yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, carta teratas individu paling kaya di dunia masih lagi duduki oleh Bill Gates seperti mana tahun 2014 lalu. Bill Gates merupakan pemilik Microsoft iaitu syarikat perisian terbesar di dunia yang sekarang banyak digunakan seluruh didunia. Sejak tahun 1995, Bill Gates sudah menduduki peringkat pertama untuk senarai orang terkaya di dunia dan disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut oleh majalah Forbes.

William Henry Gates III  atau lebih dikenali sebagai Bill Gates juga merupakan seorang jutawan yang paling dermawan. Bill Gates telah menyumbangkan sebahagian besar kekayaannya untuk dana kesihatan, program kajian sains dan pendidikan dunia melalui yayasan yang didirikannya iaitu Bill and Melinda Gates Foundation. Walaupun sebahagian hartanya didermakan, namun Bill Gates masih lagi bergelar manusia paling kaya dimuka bumi ini.

Berikut merupakan senarai 10 Orang Terkaya di Dunia bagi tahun 2015 bersama nilai kekayaan masing-masing :


16322957.jpg
Sumber foto : www.polygon.com

1. Bill Gates
Umur : 59 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$79,2 billion
Sumber kekayaan utama : Microsoft
Industri : Teknologi


0306_billionaire-carlos-slim-v5_400x280.jpg
Sumber foto : www.forbes.com

2. Carlos Slim Helu
Umur : 75 Tahun
Warganegara : Mexico
Jumlah Kekayaan : US$77,1 billion
Sumber kekayaan utama : Telefonos de Mexico dan America Movil
Industri : Telekomunikasi


00-9b598.jpg
Sumber foto : dantri.com.vn

3. Warren Buffet

Umur : 84 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$72,7 billion
Sumber kekayaan utama : Berkshire Hathaway
Industri : Pelabur


960x540.jpg
Sumber foto : www.ctpost.com

4. Amancio Ortega

Umur : 78 Tahun
Warganegara : Sepanyol
Jumlah Kekayaan : US$64,5 billion
Sumber kekayaan utama : Zara
Industri : Retail


larry ellison.jpg
Sumber foto : www.erewise.com

5. Larry Ellison
Umur : 70 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$54,3 billion
Sumber kekayaan utama : Oracle
Industri : Teknologi


charles-koch-homepage-1200xx1226-690-0-64.jpg
Sumber foto : www.bizjournals.com


6. Charles Koch
Umur : 79 Tahun
Warganegara :  Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang

david-koch.jpg
Sumber foto : www.independent.co.uk

7. David Koch

Umur : 74 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$42,9 billion
Sumber kekayaan utama : Koch Industries, Inc
Industri : Berbagai bidang

kristy.jpg
Sumber foto : www.forbes.com

8. Christy Walton

Umur : 60 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$41,7 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail

Jim_Walton_attends_shareholders_meeting.jpg
Sumber foto : en.wikipedia.org

9. Jim Walton
Umur : 67 Tahun
Warganegara : Amerika Syarikat
Jumlah Kekayaan : US$40,6 billion
Sumber kekayaan utama : Wal-Mart
Industri : Retail

0d93c5783da15c95a81f096b698fe917.jpg
Sumber foto : difundir.org

10. Liliane Bettencourt

Umur : 92 Tahun
Warganegara : Perancis
Jumlah Kekayaan : US$40,1 billion
Sumber kekayaan utama : L’Oreal
Industri : Retail