Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati di tengah sawah, Pasuruan, Surabaya. Mangsa diperkosa sebanyak dua kali oleh tertuduh yang dikenali sebagai MT, 27, yang mendapat kerjasama isteri tertuduh iaitu IM, 19.
Pasangan suami isteri itu tinggal tidak jauh dari rumah mangsa. Kedua-duanya didakwa memujuk kanak-kanak malang itu yang sedang bermain di sungai untuk masuk ke rumah mereka dengan helah membelikan aiskrim pada Selasa lalu, jam 10 pagi seperti dilaporkan Tribunnews.com
Menurut Ketua Polis Daerah Pasuruan, AKBP Rofiq Ripto Himawan menjelaskan pasangan suami isteri itu memujuk mangsa untuk menyerahkan barang perhiasannya iaitu lima utas gelang dan seutas rantai. Barang bukti itu telah ditemui di dalam almari rumah tersebut.
"Di dalam rumah itu juga, MT sempat memperkosa mangsa sebanyak dua kali ketika isteri tertuduh keluar rumah. MT mengakui aksinya itu kepada polis dan hasil bedah siasat menunjukkan ada luka di bahagian intim mangsa."
Lebih malang, mangsa kemudiannya di bawa ke tengah sawah dan dipukul di kepala hingga terjatuh.
"Tertuduh menenggelamkan kepala kanak-kanak tidak berdaya itu ke dalam lumpur sehingga tubuhnya tidak bergerak. Perbuatan kejam suami isteri itu sebenarnya mengelirukan kami."
Entah apa yang berada di fikiran suami isteri itu. Sudahlah menculik mangsa, mencuri barang perhiasan, merogol dan akhir sekali mangsa dibunuh. Jahatnya mereka. - CARI
No comments:
Post a Comment