Hari ini masuk hari kedua kita berpuasa. Bagaimana kira-kira untuk hari ke dua ini? pastinya kita masih lagi menyesuaikan perubahan ini dan dijangka akan dapat menyesuaikan keadaan dalam masa seminggu lagi.
Untuk pengguna Android, ada banyak aplikasi yang boleh dijadikan manfaat sempena bulan mulia ini, selain sebagai bekalan informasi ia juga dapat memudahkan anda untuk menjalani ibadah puasa ini.
Jom install antara pilihan sempena puasa ini
sumber: play.google.com
1. Waktu Solat Malaysia
Aplikasi yang dibangunkan oleh Murad Mohd Zain ini antara aplikasi bagus untuk Muslim khususnya Malaysia untuk mengetahui waktu solat serta waktu imsak. Di datangkan dengan sensor penentu kiblat sekali. Ia akan memberi anda notifikasi Azan tanpa azan berkumandang.
sumber: techcabal.com
2. Muslim Pro - Ramadan 2015
Memang aplikasi ini popular di kalangan umat islam sehingga lebih 10 juta pengguna. Didatangkan dengan pelbagai informasi berguna seperti Al- Quran 30 Juzuk lengkap dengan terjemahan, audio serta lafaz. Ia ditawarkan juga dalam Bahasa Melayu.
sumber: play.google.com
3. Al Quran Melayu Sudais Audio
Edisi Al- Quran lengkap dengan audio al-Quran Karim dengan pembaca Al- Quran terkenal di dunia.
sumber: www.similarweb.com
4. Kalkulator Zakat
Selain membantu anda mengira zakat yang perlu anda keluarkan untuk setahun, zakat pendapatan dan sebagainya. Penentu penilaian zakat yang ditawarkan adalah berdasarkna harga emas terkini yang diambil daripada sumber Yahoo Finance.
5. Doa & Zikir
Melalui aplikasi ini , kita dapat tambah amalan selepas usai solat dengan berzikir untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
6. Near Mosques Finder
Merupakan aplikasi yang memudahkan ubat islam yang sering menggembara untuk mencari masjid terdekat. Ia akan mengesan lokasi masjid dalam jarak 5 kilometer menggunakan peta dari Google Maps. Sangat bagus bukan?
No comments:
Post a Comment