Bra!
New Zealand mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Paling popular ialah
lawatan ke set Lord of The Rings dan menaiki bot laju di atas sungai.
Tetapi di Lembah Cardrona New Zealand tarikan pelancongannya adalah agak
aneh. Terdapat pagar dengan ratusan bra tergantung sejak 1999. Pagar
bra ini dipercayai mula wujud pada tahun 1999 dengan empat pasang bra.
Bilangannya meningkat kepada 800 menjelang 2006. Jumlah bra tergantung
naik dan turun kerana ada individu yang tidak diketahui identitinya akan
memotong bra yang digantung. Kini pagar bra ini menjadi tarikan
pelancong dan tempat meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara.
Jika anda ke Cardrona New Zealand silalah mensedekahkan bra anda di
pagar unik ini.
No comments:
Post a Comment